Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 26, 2009

Tips Memilih Tapak Khemah

Mengikut standard pemilihan tapak khemah, beberapa kriteria perlu diambil kira dan diutamakan. bagaimanapun, ini cuma kriteria standard yang digunakan oleh semua peringkat perkhemahan dan untuk garis panduan sahaja. semuanya perlu fleksible mengikut situasi atau keadaan sekeliling.

5 kriteria utama ialah untuk pemilihan tapak khemah:
1. Ruang yang luas dan permukaan yang lasak dan rata.
memang secara logik, kita akan mencari spesifikasi begini. tapi berhadapan dengan alam semulajadi, kita cuma boleh menjangkakan sebaik yang boleh. apapun, untuk keselesaan dan kepuasan berkhemah ruang yang luas membantu dalam pengurusan peserta yang ramai serta pergerakkan di persekitaran menjadi lancar dan susunan lebih teratur. permukaan yang lasak pula boleh meminimakan kesan kemasukkan manusia selain menampung berat dengan baik. struktur tanah yang lembut, mendap atau mudah terurai boleh mendedahkan kepada risiko dan masaalah lain seperti basah bila hujan, tanah runtuh atau risiko lain.

2. Terdapat sumber air berdekatan.
dengan kemudahan air dari sungai, mata air atau takungan yang bersih sebagai sumber air berdekatan dengan kita, segala urusan seperti membersihkan diri, peralatan atau bekalan ke destinasi seterusnya menjadi lebih mudah.

3. Jangan membuat tapak di laluan atau denai binatang.
tapak khemah yang berada di laluan atau denai binatang boleh mengundang padah terutama di waktu malam. binatang biasanya akan berjalan mengikut treknya sendiri secara meluru atau tanpa banyak penilitian. kemungkinan kita dirempuh, diserang atau dipatuk amatlah tinggi. jadi, sebelum membuat khemah, periksa dahulu kawasan sekitar dan cuba cari tapak atau kesan laluan/kewujudan binatang seperti kesan tapak, tahi atau kesan tidur.

4. Mudah dilihat sekiranya berlaku kecemasan.
kecemasan boleh berlaku bila-bila masa walaupun kita bersedia tapi tahap kecemasan boleh menjadi lebih teruk sekiranya berada di tempat yang susah diakses atau dikesan. bantuan segera boleh bertangguh dan akhirnya boleh menjadi penyebab kematian sekiranya ada kes yang teruk. jadi, fikirkanlah aspek keselamatan ini sebelum mebuat keputusan berkhemah. susunan khemah juga perlu dititikberatkan. khemah yang berselerak juga memburukkan keadaan. tali khemah yang berselirat boleh mencekik leher atau menjerut kaki kalau tiada ruangan yang sesuai. laluan kecemasan perlu ada jadi sekiranya berlaku, kita dapat bergerak dan meyelamatkan diri dengan pantas.

5. Mempunyai sumber bahan bakar.
dalam berkhemah, untuk tujuan keselamatan kita seharusnya mempunyai unggun api sebagai alat amaran kepada binatang buas yang mungkin menjadikan kita sebagai sasaran di waktu malam. cahaya dari api ini boleh menjauhkan dan menakutkan binatang tadi. bau asap boleh menghalau binatang yang sensitif pada bau asap dari jarak yang lebih jauh. ini mengurangkan risiko sekiranya tiada sistem kawalan bergilir dibuat. bagaimanapun, harus diingat setiap pembakaran MESTILAH dengan pengawalan. tiada kawalan dan jagaan, api adalah satu ancaman buatan manusia terbesar di hutan rimba.


sebaiknya kita kurangkan seminima mungkin kesan kemasukkan manusia di kawasan alam semulajadi ini. perinsip Leave No Trace sepatutnya jadi panduan dalam apa jua keputusan dibuat supaya alam kita tetap kekal jadi warisan untuk generasi selepas kita.

p/s : kredit untuk poncho gunungkini.com

No comments:

Post a Comment