Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 26, 2010

Tips Ketika Berkhemah

-->Tips ketika berkhemah
Masih banyak kumpulan pekhemah berkhemah dengan ragu - ragu tanpa ada satu petunjuk yang jelas mengenai banyak perkara. Dan antaranya ialah kawasan perkhemahan, sama ada kawasan rata atau pun tidak, berkhemah dekat dengan sungai dan pelbagai lagi perbualan dan senario yang kerap berlaku ketika berkhemah. Dalam ruangan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai tips ketika berkhemah. Ianya tips yang mudah tetapi mempunyai impak yang amat besar.
Etika berkhemah
  1. Memilih kawasan yang rata, tidak berlopak untuk mengelak daripada takungan air semasa hujan
  2. Ada perlindungan daripada angin, disebalik bukit pokok besar dan sebagainya
  3. Berdekatan dengan punca air untuk memudahkan
  4. Mendapat sinar matahari jika boleh, bahaya jika berkhemah dibawah pokok dikhuatiri dahan pokok mati jatuh menghempap khemah
  5. Mempunyai hubungan dengan jalan, trek dan juga denai.
Mendirikan khemah

  1. Dipasang diatas tapak khemah yang telah dipilih mengikut kesesuaian.
  2. Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
  3. Ditempat berpasir atau tanah lembut gunakan pancang kayu untuk memperkuatkan pacakkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan khemah, begitu juga dengan berkhemah dengan kawasan yang terdedah dengan angin.
  4. Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak.
  5. Jarak antara khemah sebaiknya berjarak 5 hingga 8 meter
-->Larangan semasa berkhemah
  1. Jangan berkhemah berdekatan dengan punca air
  2. Kawasan lalang ( dikhuatiri binatang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
  3. Semak samun atau kawasan belukar
  4. Tanah lembab berpaya, berlumpur atau berlopak.
  5. Diatas tebing tinggi dan curam.
  6. Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
  7. Kawasan berbatu, berpasir ( susah untuk memacak pancang )
  8. Jangan membawa barangan kimia ke dalam khemah contoh lantern/stove
Etika memasak di kawasan perkhemahan

secara umumnya tidak lengkap berkhemah jika tidak menyalakan api, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyala dan menghidupkan unggun api. terdapat beberapa syarat yang perlu di patuhi semasa perkhemahan.

  1. Jarak dapur 8 - 10 kaki daripada khemah
  2. Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk tujuan kebersihan dan keselamatan perkhemahan
  3. Jangan bina dapur di bawah pokok ( celah banir pokok )
  4. Dapur yang tidak digunakan dipadamkan apinya dan kambus bara dengan pasir atau tanah
  5. Batu yang digunakan sebagai tungku hendaklah dialihkan kembali kepada tempat asal
  6. Jangan buang sampai ke dalam sungai
  7. Sisa makanan hendaklah ditanam

-->

No comments:

Post a Comment